Aktiviti Pendakian Kami !


Assalamualaikum para pembaca ! 

  Pada hari ini, saya bersama rakan-rakan telah melengkapkan aktiviti bagi subjek Pendidikan Kesihatan dengan pendakian Bukit Besar yang terletak di Kuala Terengganu. Kami telah memulakan aktiviti-aktiviti kami dengan program senamrobik yang telah dipimpin oleh pelajar-pelajar kelas TESL 4. Setelah selesai memanaskan badan, kami memulakan pendakian kami ke puncak Bukit Besar bersama-sama. Terdapat 60 orang pelajar serta 2 orang guru pembimbing yang menyertai aktiviti pendakian ini. Sejujurnya, aktiviti pendakian ini sangat memenatkan, namun apabila kami sampai di puncak Bukit Besar, kami berasa sangat puas kerana dapat melihat pemandangan yang sangat indah. Pemandangan bandar Kuala Terengganu serta gunung-ganang yang terpacak di sekitar negeri Terengganu menjadikan kami lebih bersemangat serta berinspirasi untuk terus melaksanakan aktiviti seperti ini lagi pada masa hadapan.

Walaupun memenatkan, kami semua sangat menghargai pengalaman pendakian ke bukit ini yang mengajar kami erti kesabaran serta kesyukuran dalam menjalani kehidupan seharian kami. Sikap tolong-menolong serta membantu rakan kami yang penat sewaktu pendakian menjadikan kami lebih bertoleransi antara satu sama lain. Hubungan erat antara kami dapat dibentuk melalui aktiviti ini.



Comments

Popular Posts