Kekuatan
MENINGKATKAN KEBERKESANAN PEMBELAJARAN
Penggunaan alat-alat pemikiran dapat meningkatkan keberkesanan pembelajaran. Hal ini bertitik tolak daripada keringkasan yang wujud dalam pembuatan nota atau pengambilan nota menerusi alat-alat pemikiran. Keringkasan dan kepadatan nota melalui alat pemikiran membuktikan bahawa sesi pelajaran dan pembelajaran juga akan meningkat keberkesanannya.
MENGUATKAN PEMAHAMAN & PEMBELAJARAN MENERUSI VISUAL
Umum mengetahui bahawa alat-alat pemikiran sentiasa menggunakan anak panah serta penggunaan warna yang berbeza mengikut apa yang perlu ditekankan dalam sesuatu topik. Maka, penggunaan yang kreatif ini sekali gus dapat memudahkan seseorang untuk menghubungkaitkan sesuatu topik dengan isi-isi penting serta subtopiknya. Justeru itu, pemahaman dalam pembelajaran melalui visual dapat ditingkatkan.
MENJADIKAN PROSES PEMBELAJARAN TIDAK MEMBOSANKAN
Apabila kita bercakap mengenai penggunaan alat-alat pemikiran dalam pembuatan nota untuk mengulangkaji pelajaran, sudah tentu kita dapat kaitkan bahawa proses ulangkaji serta pembelajaran tidak akan menjadi bosan mahupun mengantuk. Hal ini amat dititikberatkan kerana jika proses pembelajaran membosankan, minat seseorang dalam membuat nota untuk mengulangkaji pelajaran juga akan pudar. Dengan penggunaan alat pemikiran, proses pembelajaran juga akan menjadi lebih kreatif serta inovatif !
MEMUDAHKAN PROSES MENGINGATI APA YANG DIPELAJARI
Kajian menunjukkan bahawa apabila terdapatnya grafik, warna yang menarik dalam pembuatan nota, maka lebih mudah untuk seseorang itu untuk menghafal serta mengingati apa yang dipelajari oleh mereka. Oleh itu, penggunaan alat pemikiran merupakan satu cara yang sangat berkesan dalam memudahkan proses untuk mengingati pelajaran mereka kerana alat pemikiran sentiasa menggunakan grafik serta warna-warna dalam pembuatan nota.
Comments
Post a Comment