Peta Pemikiran






Peta Buih atau yang dipanggil sebagai Bubble Map merupakan satu daripada I-Think yang digunakan bagi menerangkan sesuatu tajuk atau topik yang dipelajari dengan kata kunci atau penerangan yang penting. Sebagai contoh yang mudah, menggunakan peta buih untuk menerangkan tentang bunga. Pada bahagian tengah itu, kita boleh tulis tajuk utams kita iaitu Bunga dan bulat yang diluar itu boleh menerangkan tentang ciri-ciri bunga tersebut.



Peta buih berganda (double bubble map) merupakan peta yang digunakan untuk membandingkan beza sesuatu perkara yang dipelajari. Contohnya, nak membanding perbezaan watak dalam novel-novel sastera yang telah pun dipelajari. Bulatan di luar itu boleh diletakkan tentang perbezaan antara watak- watak tersebut manakala bulatan di tengah yang bersambung itu dapat diletakkan tentang persamaan antara bulatan tersebut.


 Ini merupakan peta pelbagai alir ( multi-flow map). Peta ni digunakan untuk menerangkan sebab dan akibat tentang sesuatu topik. Sebagai contoh, terutamanya dalam mata pelajaran Sejarah. Apabila ingin menbuat nota tentang kronologi tentang sesuatu subtopik tentang mata pelajaran Sejarah. Dengan ini, nota menjadi lebih mudah dibaca dan lebih cepat difahami.


Peta dakap ( Brace map).digunakan untuk menerangkan tentang hubungan sesetengah bahagian dengan keseluruhan topik.  Sebagai contoh apabila kita ingin menerangkan tentang manusia atau homosapien. Apakah hubungan bahagian yang berkaitan dengan tajuk besar iaitu manusia? Sebagai contoh, kepala, badan, kaki. bahagian kepala ada pecahan lagi kepada mata, hidung, mulut.


Comments

Popular Posts