Kelemahan
HANYA MAMPU DIFAHAMI OLEH INDIVIDU YANG MEMBUAT NOTA DAN BUKANNYA ORANG LAIN
Penggunaan alat pemikiran dalam pembuatan nota membawa maksud pembuatan nota yang sangat ringkas dan kadang-kadang nota-nota ini hanya mampu difahami oleh orang yang membuat nota tersebut. Oleh itu, susah bagi orang lain yang mahu meminjam nota tersebut ataupun memahami apa yang ditulis dalam nota tersebut kerana penggunaan kata kunci yang tidak difahami oleh mereka. Maka, penggunaan alat pemikiran ini merupakan suatu cara yang tidak mesra pengguna
PENGAMBILAN MASA YANG LEBIH LAMA UNTUK MEMBUAT NOTA
Kita semua mengetahui bahawa apabila kita ingin menghiasi nota kita dengan warna, serta melukis grafik untuk lebih memahami, sudah tentu kita akan memeperuntukkan banyak masa untuk menyiapkan nota tersebut berbanding pembuatan nota secara biasa. Maka, benarlah penggunaan alat-alat pemikiran ini membazir lebih banyak masa yang sepatutnya diisi dengan perkara yang lebih berfaedah seperti membaca buku dan sebagainya.
PENGGUNAAN ALAT-ALAT PEMIKIRAN YANG TIDAK SESUAI DENGAN KONSEP PEMBELAJARAN
Alat-alat pemikiran mempunyai banyak jenis peta konsep yang dapat digunakan dalam pembuatan nota. Namun apa yang memudaratkan seseorang itu adalah apabila penggunaan jenis alat pemikiran yang tidak sesuai dengan apa yang dipelajari. Sebagai contoh, apabila seseorang itu menggunakan peta buih apabila membuat nota sejarah yang berkaitan dengan kronologi masa padahal yang sepatutnya dia menggunakan carta alir untuk membuat nota yang berkaitan dengan kronologi masa.
PENGGUNAAN WARNA YANG TERLAMPAU BANYAK MENYUKARKAN UNTUK FAHAM
Penggunaan warna yang terlampau banyak sehingga tidak mampu untuk membezakan antara apa yang perlu ditekankan dan apa yang tidak perlu ditekankan merupakan antara kelemahan alat pemikiran. Bagi menggunakan alat pemikiran dengan betul dan tepat, seseorang perlulah tahu akan bagaimana cara yang tepat dalam penggunaan warna, penambahan grafik atau anak panah dan sebagainya.
Comments
Post a Comment